Syarikat Filem Lucah Jepun Buat Uji Bakat Pelakon Lelaki di Malaysia - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Rabu, 24 Mei 2017

Syarikat Filem Lucah Jepun Buat Uji Bakat Pelakon Lelaki di Malaysia



Industri pronografi Jepun ketika ini berhadapan risiko bankrupt kerana kekurangan pelakon lelaki. Ia membuatkan syarikat pengeluar video pornografi di negara itu terpaksa mencari bakat baru lelaki dari luar termasuk Malaysia.

Sebuah syarikat porno Jepun dikenali sebagai Tokyo Dreams dilaporkan akan datang ke Kuala Lumpur bagi menjalankan uji bakat untuk mencari bakat baru lelaki.

Sebelum ini, syarikat tersebut dilaporkan pernah mengadakan ujibakat di Singapura dan berjaya menemui lima pelakon lelaki daripada 25 calon yang hadir. Pengurus Studio syarikat itu, Shime Tashiaki dalam satu sesi temubual dengan Sunday Register berkata, pada masa ini pihaknya masih mencari lokasi yang sesuai untuk menjalankan ujibakat itu.

“Kami melihat beberapa pelakon hebat ketika uji bakat di Singapura dan menawarkan sebanyak lima kontrak kepada calon yang berjaya. Kami berharap untuk mencari pelakon berbakat di ujibakat kami di Malaysia yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Pada ketika ini kita masih dalam proses mencari lokasi yang sesuai,” katanya memetik laporan MalayMail Online.

Menurut laporan media Press Union, uji bakat di Singapura sebenarnya dilakukan secara rahsia di mana pengeluar tidak mengumumkan masa dan lokasi namun ia tetap dihadiri oleh 25 orang calon.

Ujibakat di Malaysia pula menurut laporan itu akan mengikuti proses yang sama dan mungkin dirahsiakan kerana ia pasti akan menerima bantahan  sekeras-kerasnya. Berita mengenai ujibakat untuk video porno di Malaysia pernah dilaporkan beberapa tahun lalu namun tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar berlaku atau sebaliknya. 

Sumber: mynewshub

[PROMO] 
PES2017 free download: http://lynk.my/yWvg
Free Lecture notes: http://universitylecturenotes.blogspot.com
Donate: http://bit.ly/2o5WIi7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.