Ketahui Maksud BRRip,CAM,DVDrip,DVDscr,HDrip,HDTS,HDTC,WEBDL dan WEBrip sebelum muat turun filem online - Budak Buzy

Latest

Bacalah apa yang mungkin patut

Isnin, 10 Julai 2017

Ketahui Maksud BRRip,CAM,DVDrip,DVDscr,HDrip,HDTS,HDTC,WEBDL dan WEBrip sebelum muat turun filem online

Mereka yang biasa download filem secara online pasti anda pernah terbaca akan perkataan pada tajuk di atas setiap kali berkunjung ke laman web muat turun filem tak kisah sama ada free atau berbayar.  

Nama-nama ini sebenarnya merujuk kepada format fail video/filem tersebut yang turut mencerminkan kualiti video filem yang anda download dan juga menjadi petunjuk kepada originaliti fail video tersebut.
Bagi mereka yang tak tahu lagi akan maksud disebaliknya, disini budak nak terangkan.

CAM
Dengan ayat yang lebih mudah difahami,ialah merujuk kepada video dimana filem tersebut ditayangkan di pawagam dan kemudiannya dirakam secara terus dengan kamera digital.Biasanya anda akan nampak kelibat kepala penonton di pawagam sedang duduk di barisan depan. Maka, kualiti jenis CAM ini semestinya agak rendah dari segi paparan video dan audio.

HDTS(Telesync)
HDTS hampir sama seperti CAM, cuma ia menggunakan sumber audio luaran seperti mikrofon. Tapi ia tidak menjanjikan kualiti audio yang baik kerana suara asing juga boleh masuk dan terakam sekali.

HDTC(Telecine)
HDTC adalah salinan terus secara digital dari pita@gulungan filem. HDTC lebih baik dari CAM dan HDTC tetapi masih mempunyai kekurangan yang mengganggu keseronokan menonton filem. Aspect ratio filem biasanya berkurang kepada 4:3. Audio dan paparan video adalah lebih baik.

DVDscr
Dari nama saja kita boleh agak. Ia adalah salinan dari keluaran DVD. Mempunyai tahap kualiti audio dan paparan yang lebih baik
berbanding CAM,TS dan TC.

DVDRip
Format ini adalah salinan dari keluaran DVD yang terkini dan terakhir. Merupakan lanjutan dari DVDscr. Kualiti audio dan paparan video adalah sangat memuaskan.

WEBDL
WEBDL adalah filem atau tv show yang dimuatturun secara online melalui laman web tertentu seperti iTunes. Kebiasaannya fail adalah dalam bentuk MKV.

WEBRip
Diambil dari laman streaming percuma. Bitrates WEBRip lebih rendah berbanding WEBDL untuk menjimat bandwidth ketika streaming.

BRRip
Format ini membolehkan anda menyalin fail video dalam kualiti yang baik tanpa sebarang masalah teknikal. Format ini diambil dari keluaran bluray. Kualiti paparan video kelihatan sama seperti DVDRip.

Harap-harap ia membantu anda. Jika tak faham, boleh tanya dengan komen ya. :)


[PROMO] 
PES2017 free download: http://lynk.my/yWvg
Free Lecture notes: http://universitylecturenotes.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.