Song Hye Kyo menangis dilamar Song Joong Ki - Budak Buzy

Latest

Blog Tanpa Politik

Jumaat, 7 Julai 2017

Song Hye Kyo menangis dilamar Song Joong Ki

  

Beberapa hari lalu, heboh mengenai berita perkahwinan pelakon K-Drama, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo. Selepas itu, tularlah gambar-gambar mereka bercuti di Jepun. Menurut sumber Joong Ki melamar Hye Kyo ketika bercuti di Jepun juga.

Seorang saksi di Jepun berkata Hye Kyo menitiskan air mata ketika dilamar Joong Ki. Saksi tersebut jelaskan bagaimana Joong Ki melamar Hye Kyo di Jepun.

"Sejujurnya, seorang kawan memberitahu saya yang mereka(Song Joong Ki-Song Hye Kyo) dan para staff datang bekerja pada musim panas lalu," kata saksi yang dikenali dengan nama Yuri. "Song Hye Kyo menangis ketika Song Joong Ki melamarnya."

Walaupun begitu, dia menyatakan Joong Ki tak memberikan cincin kepada Hye Kyo ketika melamar. "Saya tidak yakin adakah dia memberikan cincin pada hari itu," lanjutnya.

Berita perkahwinan ini mengejutkan ramai pihak dan ada pula yang menafikan kebenarannya. Akhirnya agensi penaung kedua-dua pelakon ini mengesahkan berita tersebut adalah benar.

Perkahwinan pasangan Song ini dikhabarkan juga akan berlangsung pada 31 Oktober 2017.




[PROMO] 
PES2017 free download: http://lynk.my/yWvg
Free Lecture notes: http://universitylecturenotes.blogspot.com

1 ulasan:

  1. akhirnyaa.. sy dah jarang ambik tahu pasal artis korea nie haha

    BalasPadam

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.