Chris Pratt Dan Anna Faris Bercerai Selepas 8 Tahun - Budak Buzy

Latest

Bacalah apa yang mungkin patut

Isnin, 7 Ogos 2017

Chris Pratt Dan Anna Faris Bercerai Selepas 8 Tahun



Pasangan pelakon Chris Pratt dan Anna Faris mengesahkan bahawa mereka bercerai selepas berkahwin selama 8 tahun. Hasil dari perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Anna Faris melalui akaun Twitter dan Instagramnya, mengumumkan telah bercerai secara sah dengan pelakon Jurassic World itu.

"Dengan dukacita, kami mengumumkan bahawa kami sudah bercerai. Kami sudah berusaha, dan kami sangat kecewa. Anak kami mempunyai dua orang yang sangat menyayanginya. Untuk kebaikannya, kami berharap untuk menjaga masalah ini se-private yang mungkin,"
tulisnya.



Anna juga mengatakan masih saling menyayangi dengan Chris Pratt. Namun, Anna tidak memberi penjelasan lanjut punca perpisahan dengan Chris. Chris Pratt juga telah menyampaikan berita yang sama di akaun Facebooknya.

Chris Pratt dan Anna berkahwin pada tahun 2009 di Bali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.