Lazada Birthday Blogger Contest

Assalamualaikum w.b.t. Perkara pertama yang saya suka mengenai Lazada Malaysia ialah rekaan laman web yang mesra pengguna. Saya tidak mengalami sebarang kesukaran ketika membuat carian dan pilihan barangan yang saya ingin dapatkan. Setiap produk yang ditawarkan dilengkapi dengan maklumat yang terperinci dan langkah pembayaran produk yang diterangkan sangat mudah untuk difahami. 
Tambahan pula, Lazada memberikan tawaran produk pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran beserta dengan potongan harga yang sentiasa ditawarkan dari masa ke masa. Bukan saja boleh membuat pembelian di rumah melalui komputer, saya juga boleh membuat pembelian dimana saja melalui telefon pintar asalkan ada sambungan internet. 
Selain itu, Lazada turut memberi saya peluang menjana pendapatan bersama dengan program affiliate yang menawarkan komisyen sehingga 10% dari hasil jualan. Dari segi pilihan produk, Lazada menawarkan produk yang menjadi pilihan pengguna setiap kali jika ingin membeli-belah seperti pakaian dan lain-lain keperluan untuk kegunaan harian.


Tiga produk pilihan saya di Lazada Malaysia ialah







Apa yang boleh ditambahbaik oleh Lazada Malaysia
Pertama, Lazada boleh menawarkan pakej jualan untuk golongan tertentu contohnya untuk golongan pelajar Universiti yang masih belum bekerja dan tidak mampu membeli sesuatu yang memang diperlukan seperti komputer riba.
Kedua, Lazada amat digalakkan untuk mempercepatkan lagi proses penghantaran produk untuk sampai kepada pelanggan. Dengan itu, ia mampu meningkatkan lagi kepercayaan pembeli kepada Lazada.
Ketiga, bagi menarik lebih ramai lagi pengguna untuk mengambil peluang menjana pendapatan melalui program affiliate, saya menyarankan Lazada untuk meningkatkan lagi jumlah komisyen. Ini adalah sebagai tanda terima kasih dari pihak Lazada kepada pengguna yang telah menyokong selama 5 tahun. Ini kerana, melakukan promosi produk affiliate bukanlah sesuatu yang mudah.


Ucapan hari jadi kepada Lazada
Saya ingin mengucapkan selamat hari jadi yang ke-5 kepada Lazada Malaysia. Semoga anda akan lebih berjaya dan cemerlang pada tahun 2017 dan juga pada tahun-tahun akan datang. Anda adalah penyelesai masalah buat rakyat Malaysia yang tidak mampu keluar rumah untuk membeli-belah yang ingin bergaya. Oleh itu, jangan hampakan pembeli-pembeli anda. Semoga anda akan terus menjadi pilihan rakyat Malaysia dan Asia Tenggara.

2 comments:

  1. pergh... kalau dapat drone tu memang awesome giler and wajib kena kasi sis pinjam setahun. Haha :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tau nak pilih yg mana..pilih je lah yg tu...

      Padam

Terima kasih kerana luangkan masa anda membaca artikel ini. Ada apa-apa yang menarik ingin dikongsikan? Komen atau tinggalkan jejak anda di ruangan komen.

[Peringatan] Komen yang tiada kaitan akan dipadam. Terutamanya iklan. Segala yang saya tulis pada blog ini sekadar untuk perkongsian. Bukan bertujuan untuk kecam-mengecam.